top of page

MENGENAI KAMI
career4me My
MENGENAI career4me My
Laman web career4me My adalah cetusan idea daripada kumpulan D-Profectus, Kolej Matrikulasi Perak. Kumpulan D-Profectus terdiri daripada 5 orang pensyarah dan seorang kaunselor. Kumpulan D-Profectus mendapat sokongan penuh pengurusan tertinggi Kolej Matrikulasi Perak iaitu Pengarah dan Ketua Jabatan Matematik yang telah turut bersama dengan kumpulan D-Profectus untuk membina laman web career4me My.
Kumpulan D-Profectus prihatin dengan dilema pelajar dalam pemilihan kursus di universiti, telah sepakat untuk menjadikan laman web ini satu aplikasi setempat yang menyediakan informasi dalam bentuk penulisan, grafik dan video sebagai panduan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat kursus dan kerjaya yang sesuai.
career4me merujuk kepada peranan laman web career4me untuk menyediakan bahan mengenai kursus dan kerjaya yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar dalam pemilihan kursus yang sesuai. Perkataan My (merujuk Malaysia) digunakan bagi membezakan nama career4me itu sendiri dengan perkataan yang sama di Internet dan mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. career4me telah berdaftar dengan MyIPO dengan nombor pendaftaran CRLY2022W04564.

LOGO KUMPULAN INOVASI D-PROFECTUS

Pencapaian/Kejayaan
**Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi (KONPPI-2) (2022) (Pingat Emas),
**International Conference of Indigenous Studies and Teaching, Institiut Penguruan Tengku Ampuan Afzan (2022) (Pingat Emas)
**International Conference of Education and Innovation, Institut Sultan Abdul Halim (2022) (Pingat Gangsa)
bottom of page